Peguam mohon inkues jika keluarga Zara Qairina tidak puas hati keputusan bedah siasat

Peguam mohon inkues jika keluarga Zara Qairina tidak puas hati keputusan bedah siasat

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan memohon diadakan inkues jika keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah arwah tidak memuaskan hati keluarga.

Peguam Shahlan Jufri berkata, ketika ini laporan bedah siasat yang lengkap belum ada memandangkan proses itu baru siap pada jam 7.30 malam tadi selepas dijalankan dari jam 11 pagi pada Ahad.

Katanya, inkues juga tidak akan diminta jika ada suspek yang dituduh dalam kes itu.

“Cuma, sekiranya kami tidak berpuas hati, ahli keluarga tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat, kita boleh minta inkues. Itu yang paling nilai.

“Sekiranya ada suspek kena tangkap dan dituduh, tidak ada inkues. Bagi pihak peguam dan ahli keluarga, kami berharap ada suspek ke depan dan diremankan namun kami serahkan kepada pihak polis,” katanya.

Katanya, jika inkues dilaksanakan, ia akan dikendalikan oleh pasukan khas.

Sementara itu, Shahlan turut menjelaskan isu bedah siasat yang tidak dilaksanakan sebelum jenazah arwah Zara dikebumikan pada 17 Julai lalu.

Katanya, laporan yang mendakwa ibu Allahyarham tidak mahu bedah siasat dijalankan adalah tidak tepat dan tidak sepatutnya timbul.

“Saya ingat balik, saya membaca petikan di akhbar mengatakan ibu arwah sendiri yang tidak mahu post-mortem (bedah siasat) dibuat. Tidak, itu tidak.

“Sebab secara mudahnya, pihak berkaitan dan berautoriti tahu apa tugas mereka. Kalau sekiranya ada kematian seperti itu, pihak berautoriti (tahu apa perlu dilakukan), untuk salahkan ibu, salah. Untuk salahkan ibu tidak buat post-mortem (bedah siasat), itu salah,” katanya.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top