Peguam Nafi Isteri Fikry Tarik Balik Permohonan Cerai

Peguam Nafi Isteri Fikry Tarik Balik Permohonan Cerai

Peguam syarie yang mewakili Siti Khalizah Alihan menafikan dakwaan bahawa anak guamnya menafik balik permohonan cerai seperti didakwa suaminya yang juga pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim.

Memetik Harian Metro, Wan Muhammad Afiq berkata jika penarikan balik permohonan cerai dikemukakan di mahkamah semalam tiada tarikh tangguhan ditetapkan bagi prosiding permohonan cerai terbabit.

BACA: “Isteri Saya Ke Mahkamah Untuk Tarik Balik Kes Cerai”

“Ya betul. Mahkamah beri tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya, kalau ia ditarik balik, maka, tiada tarikh tangguhan dan mahkamah tidak akan beri tarikh itu.

“Kami mohon tarikh selanjutnya bagi menunggu pendirian atau jawapan dari plaintif (Fikry). Kalau kami tarik balik semalam, maka, selesailah. Tiada tarikh tangguhan.

“Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang media laporkan semalam. Saya pun takkan hendak memaklumkan (kepada media) perkara bertentangan,” katanya.

Sementara itu, Wan Muhammad Afiq berkata surat saman sudahpun diserahkan, namun Fikry tidak hadir ke mahkamah.

“Soal dia (Fikry) hantar atau tidak anak guam kami ke mahkamah, itu di luar bidang kuasa kami. Apa yang pasti semalam dia tidak hadir.

“Kami semua memang tunggu pendirian dia sama ada dia hendak bersetuju atau tidak. Atau dia hendak berdamai sebab pada dasarnya, anak guam kami hendak berdamai. Jadi, kami mahu tahu pendirian plaintif, mahu berdamai atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, kata peguam itu lagi jika Fikry hadir semalam mereka boleh berbincang namun disebabkan tidak hadir tiada keputusan boleh dibuat dan mahkamah beri tarikh tangguhan baru.

“Kalau dia (Fikry) datang semalam, kita boleh bincang atau dapat jawapan. Tetapi dia tidak datang. Jadi, kami tidak tahu pendirian dia,” katanya. 

Ketika siaran langsung di Melodi malam tadi, Fikry berkata isterinya hadir ke mahkamah bagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan pada bulan lalu dan rumah tangganya dalam keadaan baik-baik sahaja.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top