Peguam Negara Arah Gali Semula Kubur Jenazah Zara Qairina | Oh! Tidak – Oh! Media

Peguam Negara Arah Gali Semula Kubur Jenazah Zara Qairina | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina akan digali semula atas arahan AGC.


Kes kematian tragik melibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir terus menarik perhatian ramai apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya jenazah remaja itu digali semula untuk proses bedah siasat.

Tindakan itu dibuat selepas AGC meneliti laporan penuh siasatan awal oleh pihak polis dan merasakan perlunya maklumat tambahan bagi melengkapkan siasatan berhubung insiden menyayat hati ini.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.- Kenyataan rasmi.

Ibu Zara Qairina mahu keadilan untuk anak…

Zara Qairina

Sebelum ini, ibu kepada arwah Zara, iaitu Noraidah Lamat, 45, dilaporkan sendiri memohon agar kubur anaknya itu digali semula demi mencari jawapan sebenar serta mendapatkan keadilan sewajarnya.

Permintaan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati terhadap punca sebenar kematian Zara yang masih belum jelas dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Untuk rekod, kejadian berlaku pada 16 Julai lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah. Zara dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang pada jam 4 pagi.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Polis tidak tolak kemungkinan unsur buli…

Peguam Zara

Dalam perkembangan sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian yang menimpa Zara.

Maklumat itu pastinya menambahkan lagi rasa bimbang dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak di sekolah, terutama di asrama.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata laporan siasatan awal telah diterima oleh AGC pada 3 dan 4 Ogos lalu dan kini diserahkan semula kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini bagi memastikan segala sudut dalam kes ini diterokai dan tidak ada perkara yang terlepas pandang.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua sentiasa cakna dengan keselamatan anak-anak terutama yang tinggal di asrama. Jika ada sebarang tanda-tanda gangguan atau dibuli, jangan sesekali berdiam diri. Tindakan pantas boleh selamatkan nyawa. Kita doakan agar keluarga Zara Qairina tabah menghadapi dugaan ini dan semoga kebenaran akhirnya terbongkar.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top