Pekerja asing kerap bawa nasi lebih tapi tak habiskan, rupanya nak beri burung2 makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Jika kita pernah bekerja dalam lingkungan warga asing terutamanya yang berasal dari negara ketiga dunia, pasti akan melihat mereka membawa bekal makanan untuk dinikmati ketika waktu rehat.

Biasanya mereka akan memasak sendiri lauk dan nasi untuk dimakan sebagai mengalas perut sebelum meneruskan semula pekerja berat seperti yang sering kita lihat.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tokkmung33 apabila memuat naik video rakannya yang juga warga asing sedang makan.

@tokkmungg3

Macam mana nak mintak maaf tanpa rasa malu.. 😢😢#fyp #foryoupage❤️❤️ #foryou

♬ Mekar Di Jiwa – X-Ray

Apa yang menarik perhatian adalah tindakannya yang mengasingkan sedikit nasi ke bekas lain sebelum menikmati bekalnya terlebih dahulu.

Tertanya-tanya apa yang ingin dilakukan dengan sebahagian nasi yang telah diasingkan itu, @tokkmungg33 mengambil keputusan untuk mengekori perkerja asing tersebut yang beredar ke bahagia belakang bangunan.

Dapat dilihat dia memberi nasi yang diasingkan itu kepada burung-burung untuk makan dan situasi tersebut benar-benar memberi satu keinsafan dalam diri pengguna TikTok berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan pekerja warga asing itu yang mana tetap berkongsi rezeki sesama makhluk.

Mereka juga memberi semangat kepada pengguna TikTok itu untuk meminta maaf kepada pekerja warga asing tersebut kerana sebelum ini berfikiran tidak baik ketika awal-awal melihat tindakannya yang membawa nasi terlalu banyak namun tidak menghabiskannya.

Sumber: TikTok @tokkmungg3