Trending
Founder kecantikan, Datin Lyanaz Hassan diganggu pekerja homestay yang kantoi rakam dirinya ketika mandi.
Homestay biasanya jadi pilihan untuk lari dari kesibukan kota dan menikmati suasana kampung yang damai. Namun, apa yang berlaku kepada pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan, benar-benar di luar jangkaan.
Ketika sedang mandi di bilik air, seorang pekerja homestay tiba-tiba bertindak keji merakam dirinya secara senyap selama lebih kurang 5 minit.
Jeritan Datin Lyanaz berjaya membuatkan lelaki itu cuba melarikan diri, namun tindakan pantas staf keluarganya berjaya menangkap suspek di kawasan semak berhampiran.
Telefon penuh video tidak senonoh
Lebih mengejutkan, selepas memeriksa telefon bimbit suspek, ditemui banyak video eksplisit lain yang menimbulkan tanda tanya tentang perbuatannya sebelum ini.
Membayangkan maruahnya boleh tercalar sekiranya rakaman itu tersebar, Datin Lyanaz tidak dapat menahan rasa marah sehingga terlepas kata-kata kesat. Mujur bapanya sempat menenangkan keadaan.
Latar belakang suspek terbongkar
Penduduk kampung mendedahkan bahawa pemuda terbabit merupakan seorang penagih dadah. Lebih mengejutkan, ibunya sempat datang merayu kepada Datin Lyanaz agar tidak melibatkan polis.
Namun, keluarga Datin Lyanaz tetap nekad membuat laporan polis kerana bimbang perkara sama boleh menimpa pengunjung lain pada masa akan datang.
Pssttt! Keselamatan tidak boleh dipandang ringan, walaupun ketika bercuti. Sentiasa peka dengan persekitaran dan jangan takut untuk bertindak tegas demi melindungi maruah serta keselamatan diri.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




