Pekerja maut jatuh dari ketinggian 12 meter ketika pasang solar

Pekerja maut jatuh dari ketinggian 12 meter ketika pasang solar

am@hmetro.com.my

Rembau: Pekerja Pakistan maut selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah kilang di Chembong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, ketika kejadian mangsa dikataka bersama tiga rakan sekerja melakukan kerja pemasangan solar di atas bumbung kilang.

“Si mati didapati berjalan di atas bumbung tanpa memakai tali pinggang keselamatan sebelum bumbung pecah menyebabkan lelaki itu terjatuh dari ketinggian 12 meter dan terkena ‘leaching tank’ (kolam air rendaman sarung tangan).

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian lebih kurang jam 12.15 tengah hari oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Pedas,” katanya, hari ini.

Katanya, mayat telah dihantar ke hospital Rembau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top