am@hmetro.com.my
Langkawi: Lelaki tempatan dikhuatiri terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di perkhidmatan kereta kabel (SkyCab) di Gunung Machinchang di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Khairul Nizam Jaffar, 41, dilaporkan terjatuh dari platform tingkat dua pada ketinggian dianggarkan antara 40 hingga 50 meter.
Ketua Bomba Zon 4 Langkawi, Mohd Zamri Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung jam 1.15 tengah hari.
“Difahamkan mangsa terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan perkhidmatan kereta kabel di platform tingkat dua.
“Keadaan mangsa belum dapat dipastikan dan pasukan bomba kini dalam operasi mencari dan menyelamat di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kerja mencari dan menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi.
© New Straits Times Press (M) Bhd



