Pelabuhan Iran di bandar Abbas jadi sasaran serangan AS-Israel

Pelabuhan Iran di bandar Abbas jadi sasaran serangan AS-Israel
Pelabuhan Iran di bandar Abbas jadi sasaran serangan AS-Israel

Imej satelit menunjukkan kemusnahan pangkalan udara Havadarya di bandar Abbas susulan serangan AS-Israel terhadap Iran. – Foto Agensi

ISTANBUL – Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan sebuah pelabuhan di bandar pesisir selatan Iran, Bandar Abbas yang terletak di sepanjang Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

“Pasukan AS dan Israel menyasarkan Pelabuhan Shahid Haghani di Bandar Abbas, yang digunakan bagi tujuan komersial dan perkhidmatan penumpang,” menurut Timbalan Gabenor Wilayah Hormozgan bagi hal ehwal politik, keselamatan dan sosial Ahmad Nafisi, seperti dipetik Tasnim News.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat serta bomba telah dikerah ke lokasi kejadian.

Nafisi bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai kemungkinan korban atau tahap kerosakan di pelabuhan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari lalu, mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa Iran.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Menurut angka rasmi Amerika, sekurang-kurangnya 13 anggota perkhidmatan AS terbunuh sejak konflik bermula dan situasi itu turut mendorong kenaikan harga tenaga serta menjejaskan perkapalan yang melalui Selat Hormuz.- Bernama-Anadolu 

Ringkasan AI

  • AS dan Israel menyasarkan pelabuhan Shahid Haghani di Bandar Abbas.
  • Pasukan mencari dan menyelamat serta bomba telah dikerah ke lokasi pelabuhan.
  • Tiada butiran lanjut tentang korban atau kerosakan di pelabuhan.
  • Serangan udara AS dan Israel telah menyebabkan lebih 1,340 kematian di Iran.
  • Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel dan negara Teluk.
Scroll to Top