Pelajar IPT berbuka puasa bersama MB Pahang

Pelajar IPT berbuka puasa bersama MB Pahang

KUANTAN – Lebih 800 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mahasiswa anak Pahang tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama Menteri Besar Pahang semalam.

Mereka bersila beramai-ramai bersama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di di perkarangan Rumah Pahang di Yayasan Pahang.

Mereka termasuk 115 orang wakil kepimpinan tertinggi Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di setiap IPT yang hadir bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dan pelajar anak Pahang.

Wan Rosdy yang mesra disapa Tok Wan berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan mereka sebagai aset negeri yang mencorakkan negara pada depan.

Pertemuan tersebut sekaligus memupuk anak muda bagi mengimarahkan kemakmuran bagi mengutamkan golangan itu meningkatkan pembangunan negeri ini selaras dengan slogan Pahang First.

Muhammad Faris Irfan Helmi

Bagi Yang Di-Pertua MAMPAN UIAM, Muhammad Faris Irfan Helmi, penganjuran majlis berbuka puasa oleh kerajaan negeri dapat mengeratkan ukhwah.

Menurutnya, penyertaan tahun kedua menyertai aktiviti bersama MAMPAN menzahirkan kesyukuran kerana kepimpinan kerajaan negeri sentiasa menyokong aktiviti kampus itu kepada lebih 300 pelajar anak Pahang di UIAM.

“Kalau nak politik buktikan masa PRU nanti, macam kami anak Pahang kita nak Pahang First dulu, nak tingkatkan kemajuan Pahang dari tempat keempat, itulah matlamat kita.

“Majlis iftar bersama pemimpin negeri ini bagus sebab penuntut universiti berpeluang bersama pemimpin negeri, kalau kita setiap universiti nak anjur berbuka puasa agak sukar jemput Menteri Besar, kalau begini semua berhimpun.

“Untuk masa sekarang kita perhatikan senario politik, apa yang baik kita ikut. Kita sebagai orang muda sahut seruan Tok Wan bahawa apa yang utama untuk memastikan kelestarian negeri ini terpelihara,” katanya.

Muhammad Afiq Faiz Jualiani

Muhammad Afiq Faiz Jualiani, penuntut tahun kedua dari UIAM Gombak berpendapat, kerajaan negeri komited melaksanakan pelbagai aktiviti dalam kalangan penuntut sejak Tok Wan menjadi Menteri Besar dengan kerjasama pelbagai pertubuhan lain.

“Untuk menjadikan mahasiswa sebagai celik politik itu saya setuju, anak Pahang yang akan menntukan masa depan politik di negeri ini.

“Kerana untuk makan pun kita perlu pun politik, kalau tak dapat pemimpin politik yang bagus macam mana kita nak makan? Sebab harga makanan ditentukan oleh politik sendiri.

“Rasanya sifat ignorance in politic dalam kalangan mahasiswa disebabkan terlalu banyak persepsi, jadi mereka tidak dapat beza mana satu betul mana satu salah,” katanya.

Maka menurut Muhammad Afiq, usaha kerajaan wajar untuk memberikan maklumat tepat kepada pelajar ekoran segelintir golongan  mahasiswa mungkin berputus asa sehingga tidak ingin mengetahui dunia politik kerana hanya tahu fokus akademik sahaja.

Nur Asyikin Mohd Hanafi

Bagi Nur Asyikin Mohd Hanafi, 23, penyertaan aktiviti oleh wakil setiap universiti secara tidak langsung menjadi suara kepada kerajaan negeri.

“Bagi saya, peluang yang hebat kerana buakan semua berpeluang sertai iftar bersama Menteri Besar Pahang ini, ada juga kawan yang tanya.

“Tahun keempat bersama MAMPAN dari zaman Diploma di UITM sebab minat berorganisasi dan dapat tahu apa yang Pahang bagi kepada penuntut,” katanya.

Selain MAMPAN, kerajaan negeri terus merperkukuh hubungan mahasiswa di negeri ini menerusi penubuhan Seketariat Perantau Anak Pahang di ibu negara.- MalaysiaGazette