Menurut laporan dari Astro Gempak, pelajar Korea Selatan tidak dibenarkan untuk mendengar lagu ‘APT’ yang semakin popular di seluruh dunia ketika ini.
Lagu tersebut dikatakan mengganggu pelajar yang sedang belajar sehingga mereka hilang fokus disebabkan melodi lagu itu yang sangat menarik.
Tarikan Yang Melampau

APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih. – Koreaboo.
Untuk pengetahuan korang, lagu ‘APT’ nyanyian duet dari Rose & Bruno Mars telah meraih lebih 195 juta tontonan di YouTube selepas 11 hari dilancarkan.
#NasihatOhmedia
Tidak salah untuk mendengar apa-apa lagu sekiranya menarik untuk didengar. Cuma jangan terlalu taksub sehingga tidak boleh fokus membuat kerja atau belajar.
