Pelajar maut, kereta dipandu jatuh gaung

Pelajar maut, kereta dipandu jatuh gaung

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Remaja perempuan maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam lebih tujuh meter di Kilometer 32 Jalan Lok Heng- Mawai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Saga jam 6.50 petang.

“Kenderaan dipandu mangsa berusia 19 tahun yang juga pelajar itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh ke dalam gaung berhampiran.

“Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top