Pelajar Perancis kembali ke sekolah tanpa telefon bimbit

Pelajar Perancis kembali ke sekolah tanpa telefon bimbit

Paris: Puluhan ribu pelajar di Perancis kembali ke sekolah dengan suasana berbeza pada musim luruh ini apabila hadir tanpa membawa telefon bimbit.

Satu percubaan sedang diuji untuk mengharamkan penggunaan telefon bimbit sepanjang hari persekolahan di 180 sekolah menengah Perancis, yang dihadiri oleh kanak-kanak dan remaja berumur antara 11 hingga 15 tahun.

Percubaan merangkumi lebih daripada 50,000 pelajar itu sedang dilaksanakan, menjelang rancangan yang mungkin untuk menguatkuasakan arahan sama di seluruh negara, mulai tahun depan.

Ketika ini, pelajar di sekolah menengah Perancis mesti mematikan telefon bimbit.

Langkah percubaan itu memerlukan pelajar menyerahkan telefon mereka ketika datang ke sekolah.

Ia sebahagian daripada langkah Presiden Emmanuel Macron yang menyatakan kebimbangan kerajaan jika kanak-kanak menghabiskan masa melihat skrin kerana boleh menghalang perkembangan mereka.

Penggunaan telefon mudah alih atau mana-mana peralatan terminal komunikasi elektronik lain diharamkan di taska, sekolah rendah dan sekolah menengah di Perancis sejak 2018.

Di sekolah menengah yang dihadiri oleh kanak-kanak Perancis berumur antara 15 dan 18 tahun, peraturan dalaman mungkin melarang penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di semua atau sebahagian sekolah.

itu dibuat selepas Macron berkata pada Januari beliau mahu mengawal penggunaan skrin dalam kalangan kanak-kanak kecil.

Menurut laporan yang diserahkan kepada Macron, kanak-kanak di bawah 11 tahun tidak sepatutnya dibenarkan menggunakan telefon, manakala akses kepada rangkaian media sosial harus dihadkan untuk pelajar di bawah 15 tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top