hafidzul@hmetro.com.my
Kajang: Seorang pelajar cedera selepas dilanggar sebuah motosikal di hadapan pusat perubatan swasta, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan kira-kira 4.40 petang itu membabitkan seorang pejalan kaki dipercayai melintas secara tiba-tiba di laluan motosikal sebelum dirempuh sebuah motosikal.
“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pekerja swasta.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa berusia 16 tahun cedera ringan di tangan serta kaki kanan, manakala penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-326 8496 bagi membantu siasatan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan jalan raya serta lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




