Pelajar Universiti Dibunuh Kejam, Suspek Dikesan Guna Kad ATM Mangsa | Oh! Tidak – Oh! Media

Pelajar Universiti Dibunuh Kejam, Suspek Dikesan Guna Kad ATM Mangsa | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Pelajar universiti ditemui mati di Cyberjaya dengan kecederaan di kepala. Suspek dikesan guna kad ATM mangsa.


Kejam dan tidak berhati perut! Seorang suspek kes pembunuhan ke atas seorang pelajar perempuan universiti di Cyberjaya kini sedang diburu selepas dikesan menggunakan kad ATM milik mangsa sejurus selepas insiden menyayat hati itu berlaku.

BACA: Pelajar Universiti Usia 20 Tahun Ditemui Mati Dalam Bilik Asrama

Lapor Harian Metro, mangsa yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di sebuah universiti, ditemui mati dalam bilik kediamannya di Mutiara Ville sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Lebih menyayat hati, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala akibat hentakan objek tumpul.

Suspek lakukan transaksi sejurus selepas bunuh mangsa

Maut

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, pihaknya telah mengesan sekitar lima hingga enam transaksi wang yang dilakukan oleh suspek menggunakan kad ATM milik mangsa.

Berdasarkan siasatan kita, suspek lelaki terbabit mula melakukan transaksi pengeluaran wang menggunakan kad perbankan mangsa tidak lama selepas mangsa dibunuh.

Selain kad ATM, beberapa barang berharga milik mangsa turut dilaporkan hilang seperti komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Polis sedang kenal pasti suspek

Polis

Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat, termasuk merakam keterangan daripada saksi kejadian.

Pada masa ini kita siasatan secara terperinci sedang dijalankan bagi membolehkan pihak polis mengenalpasti identiti suspek sekaligus mengesan keberadaannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Pssttt! Tak lama lagi confirm kena tangkap! Kejam sangat bunuh dan rompak mangsa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top