Pelajar universiti patah tulang pinggul jatuh bangunan asrama

Pelajar universiti patah tulang pinggul jatuh bangunan asrama

am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Pelajar universiti di daerah ini patah tulang pinggul selepas jatuh dari tingkat empat bangunan asrama universiti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihak menerima laporan daripada Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah berhubung kejadian itu pada 1.40 pagi hari ini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa adalah pelajar semester satu dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) selain pernah menerima rawatan psikiatri di hospital di Seremban.

“Tiada kecederaan serius lain dialami mangsa dan mangsa ketika ini dalam keadaan stabil. Dia masih menerima rawatan lanjut di HTAN,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top