Pelajar Universiti Usia 20 Tahun Ditemui Mati Dalam Bilik

Pelajar Universiti Usia 20 Tahun Ditemui Mati Dalam Bilik

Oh! Tidak

Pelajar wanita ditemui mati di Cyberjaya. Polis sahkan mangsa dibunuh akibat hentakan objek di kepala.


Tragedi menyayat hati berlaku di sebuah universiti swasta di Cyberjaya apabila seorang pelajar wanita berusia 20 tahun ditemui mati dalam bilik kediamannya.

Polis kini mengesahkan kejadian tersebut sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan akibat hentakan objek tumpul di kepala.

Mangsa yang berasal dari Kuching, Sarawak itu merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan tinggal di bilik asrama bersama lima orang rakan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersendirian kerana rakan-rakannya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.

Tiada kesan pecah masuk atau rogol…

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 10.28 pagi.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Tambahnya lagi, siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pecah masuk dan tiada kecederaan lain yang menunjukkan unsur rogol.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pssttt! Pemergian tragis seorang pelajar muda dalam situasi sebegini pastinya mengundang rasa pilu dalam kalangan rakyat. Di saat beliau sedang berjuang menghadapi peperiksaan, nyawanya pula diragut dengan kejam. Semoga keluarga mangsa terus tabah dan pihak berkuasa dapat membawa pelaku ke muka pengadilan dengan segera.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top