BHUBANESWAR – Seorang pelajar wanita dari Odisha membakar dirinya sendiri selepas pihak kolej gagal mengambil tindakan terhadap aduan gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah.
Mangsa yang berusia 22 tahun telah meninggal dunia malam tadi selepas bertarung nyawa selama tiga hari.
Mangsa yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) di sebuah kolej di Balasore, sebelum ini membuat aduan kepada Jawatankuasa Aduan Dalaman kolej dengan mendakwa seorang pensyarah telah meminta layanan seksual daripadanya dan mengugutnya secara berterusan selama beberapa bulan.
Walaupun beliau dijanjikan tindakan akan diambil dalam tempoh tujuh hari, namun tiada sebarang perkembangan berlaku, menurut sumber.
Insiden tragis itu berlaku pada 12 Julai lalu ketika mangsa dan sekumpulan pelajar lain mengadakan protes di hadapan pintu pagar kolej.
Tiba-tiba, pelajar terbabit berlari ke kawasan berhampiran pejabat pengetua dan membakar dirinya menggunakan bahan mudah terbakar.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital AIIMS Bhubaneswar dengan lebih 90 peratus kesan melecur dan berada dalam keadaan kritikal.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital, mereka memaklumkan bahawa segala usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan mangsa termasuk rawatan penggantian buah pinggang di Unit Rawatan Rapi Melecur (Burns ICU), namun beliau disahkan meninggal dunia pada jam 11:46 malam, 14 Julai.
Ketua Menteri Odisha, Mohan Charan Majhi menzahirkan rasa dukacita atas kematian pelajar itu dan memberi jaminan bahawa semua pihak yang terlibat akan dikenakan hukuman paling tegas mengikut undang-undang.
âSaya amat sedih mendengar berita kematian pelajar perempuan dari Kolej Autonomi FM ini. Walaupun segala usaha telah dilakukan oleh pasukan perubatan pakar dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya, nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan,â katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu katanya, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap semua yang bersalah.
“Kerajaan berdiri teguh bersama keluarga mangsa,â tambahnya dalam catatan di media sosial.
Polis memaklumkan bahawa ketua jabatan yang dituduh serta pengetua kolej telah ditahan.
Tindakan itu diambil susulan tekanan awam dan bukti yang menunjukkan terdapat cubaan menutup aduan.
Menurut bapa mangsa yang ditemui media sehari sebelum kematian anaknya, lebih 95 peratus tubuh anaknya melecur dan beliau bergantung sepenuhnya kepada alat sokongan hayat.
âSaya pergi melihat anak saya hari ini. Saya tidak dapat mengenalinya lagi,â kata si ayah dalam nada sebak.
Beliau turut mendakwa bahawa ahli Jawatankuasa Aduan Dalaman serta pengetua telah memaksa keluarga mereka menarik balik aduan.
âMereka mengugut kami. Jika tidak tarik balik aduan, mereka akan buat laporan polis terhadap saya. Mereka kata saya boleh ditahan,â katanya.
Insiden tragis ini mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh India, dengan pelbagai pihak mengadakan protes serta menggesa reformasi segera dalam sistem pengendalian aduan gangguan seksual di institusi pendidikan.
Abang mangsa ketika bercakap kepada NDTV pula berikrar bahawa beliau akan ‘lakukan apa sahaja’ untuk memastikan kakaknya mendapat keadilan. – Agensi
Â
Â