Pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa tumbuk kekasih gagal dihubungi polis

Pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa tumbuk kekasih gagal dihubungi polis

Pelakon lelaki bertubuh sasa yang didakwa menumbuk kekasihnya tempoh hari gagal dihubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Gagal dihubungi termasuk tidak membalas pesanan

Memetik laporan dari Harian Metro, berkemungkinan pihak polis akan mengeluarkan waran tangkap kepada pelakon berusia 37 tahun itu memandangkan gagal dihubungi termasuklah menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kita akan membuat panggilan memberi keterangan kepada beliau untuk hadir mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan beliau sedang dikesan untuk penyampaian panggilan berkenaan.
“Polis sudah mendapat arahan untuk menyiasat (OTI). Setakat ini, polis sudah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Siasatan sedang dibuat keatas pelakon lelaki bertubuh sasa

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan yang pihak polis sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan berkenaan laporan tersebut.

Shahrulnizam turut menyatakan yang pihaknya telah mendapatkan perintah dari Timbalan Pendakwa Raya untuk memanggil suspek bagi dirakam percakapan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap, “katanya.

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: Pelakon didakwa belasah teman wanita, tumbuk mata sebelah kiri & badan

Pelakon lelaki bertubuh sasa berusia 37 tahun

Terdahulu, seorang pelakon lelaki berusia 37 tahun didakwa telah mengasari teman wanitanya pada 7 Julai 2024 di Ara Damansara, jam 3 pagi.

Perkara tersebut berlaku sewaktu mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi pelakon tersebut dan memarahinya berikutan salah faham yang berlaku.

Pelakon lelaki bertubuh sasa

Sekadar gambar hiasan

Tidak lama selepas itu, teman lelaki mangsa meminta untuk bertemu di Ara Damansara.

Sebaik sahaja memasuki kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya, dia telah ditumbuk di bahagian mata kiri dan badan serta memarahinya.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)