Seorang wanita dikenali sebagai Hana tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang pelakon lelaki popular telah menghamilkan dirinya tetapi enggan bertanggungjawab.
Pelakon lelaki tawar wang untuk gugurkan
Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Hana mendakwa pelakon tersebut bukan sahaja menawarkan wang untuk menggugurkan kandungan, malah menghilangkan diri selepas mengetahui berita kehamilannya.
Saya dengan dia dah terlanjur dan bila saya bagitahu saya mengandung, dia bagi duit untuk gugurkan. Dia kata tak nak saya tutup periuk nasinya sebab dia hanya tahu berlakon.”
Janji manis tapi lari lepas tahu hamil?

Lebih mengecewakan, Hana turut mendakwa pelakon yang sudah mempunyai kekasih itu menyekat nombor telefonnya dan memutuskan hubungan tanpa sebarang penjelasan.
Sepanjang setahun kenal, macam-macam janji dia bagi nak kahwin dan jaga saya, tapi sekarang dia menghilang.
Saya memang sedih sebab dia buat saya macam ni. Dia memang tak guna sebab dah janji nak kahwin, tapi bila saya mengandung, dia bagi duit untuk gugurkan.
Menurut Hana, dia membuat pengakuan ini bukan untuk mencari publisiti tetapi mahu memberikan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki yang hanya pandai berjanji.
Saya cuma nak bagi pengajaran kepada semua wanita untuk tidak mendekati lelaki yang suka memberikan janji-janji manis.
#ApaKataOhmedia
Kisah ini menjadi peringatan penting buat semua agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis, dan pastikan hubungan yang dibina berlandaskan kejujuran dan tanggungjawab.
Buat lelaki di luar sana, jangan hanya memikirkan maruah sendiri, tetapi fikirkan juga nasib wanita yang teraniaya akibat perbuatan tidak bertanggungjawab.





