Pelakon Sinonim Dengan Watak Gangster, Daddy Rock Meninggal Dunia | Oh! Artis – Oh! Media

Pelakon Sinonim Dengan Watak Gangster, Daddy Rock Meninggal Dunia | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Pelakon sinonim watak gangster, Daddy Rock meninggal dunia secara mengejut. Anak tiri mohon doa, kongsi detik pilu pemergian arwah.


Pelakon yang sinonim dengan watak gangster, Daddy Rock disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa dalam keadaan yang amat mengejutkan.

Menurut laporan mStar, erkara sedih itu dimaklumkan sendiri oleh anak tirinya, Haqimi Azim Rosli, yang mengesahkan pemergian Allahyarham Daddy Rock atau nama sebenar Shahrul Azman Mohd Shahril, pada usia 51 tahun.

Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi.

Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima, tetapi kami reda dengan ketentuan Allah.

Keluarga Daddy Rock mohon doa

Daddy Rock

Haqimi berkongsi berita pilu tersebut menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya pada Selasa.

Menurutnya, dia dan keluarga kini sedang melalui detik paling sukar dan amat mengharapkan doa orang ramai buat Allahyarham.

Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa. Semoga Allah mengampunkan dosanya, menerima segala amal dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.

Doakan juga agar kami sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan melalui saat sukar ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Sebelum Ini dirawat di zon kritikal

Daddy Rock

Pada Sabtu lepas, pempengarah Hashim Rejab memaklumkan bahawa Daddy Rock menerima rawatan di zon kritikal Hospital Selayang dan ditidurkan selepas kedua-dua kakinya tidak lagi berfungsi, dipercayai akibat darah beku.

Keadaan kesihatan tersebut menimbulkan kebimbangan ramai, sebelum berita pemergiannya disahkan hari ini.

Pssttt! Hargailah insan-insan seni ketika mereka masih ada. Doakan yang telah pergi, dan jadikan kisah hidup mereka peringatan tentang rapuhnya kehidupan serta pentingnya sokongan sesama manusia.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top