Pelakon Terkenal Dikecam Minum Arak Ketika Hamil

Pelakon Terkenal Dikecam Minum Arak Ketika Hamil

Oh! Artis

Pelakon Korea Lee Si Young dikecam netizen selepas minum arak ketika hamil dan bawa anak dalam limosin.


Pelakon Korea Selatan, Lee Si Young kembali menjadi topik hangat netizen selepas dia memuat naik perkongsian percutiannya di New York, Amerika Syarikat.

Menerusi Instagram, Si Young berkongsi detik menaiki limosin selama lima jam dari Madison Square Park ke Brooklyn bersama beberapa rakan dan anak sulungnya.

Namun begitu, apa yang sepatutnya menjadi kenangan manis telah mencetuskan kontroversi apabila netizen mendakwa pelakon itu meminum minuman beralkohol walaupun sedang berbadan dua.

Peminat risau anak pelakon terdedah dengan arak…

Leesiyoung arak

Dalam foto dan video yang dimuat naik, Si Young kelihatan memegang gelas berisi cecair dipercayai arak bersama rakan-rakannya dalam limosin tersebut.

Apa yang menimbulkan lebih banyak reaksi negatif adalah kehadiran anak sulungnya yang kini berusia lapan tahun dalam kenderaan itu.

Netizen mula meluahkan kebimbangan apabila kanak-kanak itu dilihat berada dalam suasana yang memaparkan budaya minum minuman keras.

Ramai menganggap situasi itu tidak sesuai untuk seorang ibu yang bukan saja sedang hamil, tapi turut membawa anak kecil dalam suasana sebegitu.

Si Young beri penjelasan, kata minuman tak kuat…

Si young2

Selepas kontroversi mula tular di media sosial, Si Young akhirnya tampil memberi penjelasan. Dia menjelaskan bahawa minuman yang dipegangnya bukanlah alkohol yang kuat, sekali gus menafikan dakwaan kononnya dia minum arak dalam jumlah membahayakan.

Pun begitu, netizen masih tidak berpuas hati kerana bagi mereka, mesej yang disampaikan kepada anak kecil itu tetap tidak sesuai, apatah lagi dari seorang figura awam.

Pssttt! Ohmedia faham setiap individu ada cara tersendiri untuk menikmati masa peribadi. Tapi bila melibatkan anak-anak dan status sebagai selebriti, segala tindakan pasti jadi perhatian. Jadi kepada korang yang bergelar ibu bapa, berhati-hatilah dalam menunjukkan teladan kepada anak-anak, terutama sekali dalam perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top