Terkini, seorang pelakon wanita tempatan dan suaminya direman tiga hari untuk membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia membabitkan kerugian RM1.5 juta.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim dalam laporan Harian Metro berkata, pasangan tersebut ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.
Ditahan polis di tempat persembunyian

Tambahnya, penahanan pasangan suami isteri itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan kes penipuan.
Ketika ditemui wartawan di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, pelakon drama ‘Nur’ itu sempat berpesan supaya melaporkan perkara yang betul je.
Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang melibatkan kesalahan penipuan.
Menurut polis, mangsa adalah seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan pesara ahli perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditawarkan peluang mendapatkan beberapa lot tanah di bawah mukim Cheras yang didakwa berstatus tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.
Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi.
Difahamkan, pembayaran bagi urusan tersebut dibuat ke beberapa akaun bank termasuk akaun milik bapa suspek dan juga akaun milik isterinya.
Mangsa dedah kes di media sosial

Sebelum ini, seorang usahawan produk kecantikan turut tampil membuat pendedahan di media sosial dengan mendakwa menjadi mangsa kepada pelakon wanita berkenaan.
Menerusi hantaran di Threads menggunakan akaun kakbeyna_official, usahawan itu mendakwa dirinya mengalami kerugian sekitar RM300,000 dan percaya terdapat mangsa lain yang mengalami kerugian lebih besar sehingga jutaan ringgit.
Pssttt! Kes seperti ini menunjukkan betapa pentingnya orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan tawaran pelaburan atau pembelian tanah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jumlah wang yang besar. Pastikan setiap urusan dibuat melalui saluran rasmi dan disemak dengan teliti supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




