Trending
Nazeera Sardi didakwa ‘penyondol’ rumah tangga orang selepas seorang wanita muat naik pendedahan mengejut di Threads.
Seorang wanita telah mencetuskan kekecohan di media sosial selepas mendakwa pelakon Nazeera Sardi mengganggu rumah tangganya.
Menurut laporan xtra, wanita itu turut berkongsi tangkapan layar akaun TikTok milik Nazeera sebagai bukti menerusi satu hantaran di Threads.
Siapa peminat artis sendu ni? Tolong kirim salam… konon banyak duit, tapi kenapa nak kacau rumah tangga orang?
Nazeera Sardi kata status ‘single’ tapi didakwa hanya bertopeng?

Menurut wanita itu, pelakon berkenaan sering memuat naik status seolah-olah masih bujang, namun sebaliknya berlaku di belakang tabir.
Konon muat naik status single tapi realiti… sondol suami saya.
Netizen mula ‘membawang’

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi panas dalam kalangan netizen. Nama Nazeera Sardi kini menjadi sebutan hangat di pelbagai platform media sosial.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Nazeera Sardi setakat ini untuk menjawab tuduhan terbabit.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.