Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ditangguhkan setelah Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya mendapat bayaran tertunggak berjumlah RM550,000 pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya di Facebook, baki hutang tertunggak bayaran pinjaman pelakon itu hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac.

“Sudah saya tegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya.

 

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan itu diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan pernah melunaskan pinjaman hutang tersebut sebanyak RM50,000.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sila Betulkan Statement Anda Atau…” – Che Ta Nafi Tak Bayar Pinjaman MARA

ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta Nafi Rumah Disita, Tunggu Masa Sesuai ‘Buka Mulut’ – “Sekarang Tinggal Kat Rumah Lah, Takkan Atas Pokok Pula”

ARTIKEL BERKAITAN:“Biasiswa Student Tak Ada Kena Mengena Dengan Pinjaman Perniagaan” – Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta & Anak Sulung Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA

ARTIKEL BERKAITAN:Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

ARTIKEL BERKAITAN:“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN:Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:“Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif

Scroll to Top