Pelaku adalah orang yang saya percaya – Aedy Ashraf

Pelaku adalah orang yang saya percaya – Aedy Ashraf

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aedy mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang dianggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

Menurut Aedy, ketika keadian dia masih berusia 10 tahun dan sedang mejalani penggambaran sebuah drama.

“Masa itu saya berumur 10 tahun, sedang menjalani pengambaran drama Dunia Baru. pelaku yang akan ambil saya dari rumah dan kemudian hantar pulang.

“Semasa dalam kereta, dia ambil kesempatan, meraba saya. Masa itu saya berusia 10 tahun dan tidak tahu apa perlu saya lakukan. Saya keliru dan ketakutan.

“Saya hubungi bapa saudara saya dan minta dia ambil saya dan bawa pulang ke rumah. Kemudian maklumkan kejadian itu kepada ibu saya sebelum ibu saya mengambil tindakan yang sepatutnya,” kongsinya menerusi Podcast Kita Kita Aje kelolaan Datuk Aznil Nawawi.

Menurut Aedy dia tidak menyangka perkara itu dilakukan oleh individu yang dipercayainya.

“Dia ibarat seorang abang, yang selalu bagi hadiah pada hari jadi saya.

“Hadiah terakhir dia berikan adalah baju jersi Manchester United dan itu sebabnya saya tak suka kepada pasukan bola sepak berkenaan.

“Dia adalah orang yang saya dan ibu saya percaya,” kongsinya.

Dalam masa yang sama Aedy mengajak kepada mangsa gangguan seksual agar berani bersuara mengenai pengalaman mereka.

“Jangan diamkan. Bersuaralah untuk diri anda,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Scroll to Top