Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan kejadian cemas di sebuah majlis sanding apabila pelamin hampir roboh.
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa tetamu bertungkus-lumus cuba menstabilkan pelamin yang hampir tumbang.
Pelamin tumbang masa pengantin makan beradab
Pasangan pengantin yang sedang menikmati makan beradab pula hanya mampu melihat dari jauh tanpa dapat berbuat apa-apa.
Tidak lama selepas video itu viral, seorang wanita yang merupakan tetamu di majlis berkenaan tampil menjelaskan punca sebenar kejadian.
Rupa-rupanya, insiden tersebut berpunca daripada anaknya sendiri yang terlalu teruja bermain bersama rakan-rakan di atas pelamin.
Ketika itu, dia berada berdekatan meja makan beradab untuk merakam gambar pengantin.
Anak aku main lari-lari dengan kawan sebaya dia dan memang tak sangka anak aku pergi ke sofa (pelamin) tu dia pergi tolak ke belakang, aku ingat hanya sofa itu sahaja lah yang jatuh, tapi tak sangka backdrop tu sekali roboh.
Wanita itu mengakui insiden tersebut sangat memalukan, malah membuatkan dirinya rasa geram. Namun begitu, dia turut mengakui kejadian itu ada sisi lucunya yang tidak dapat dinafikan.
Suami aku terus naik pelamin betulkan pelamin tu, benda ni jadi pengajaran buat aku dan semua juga, jangan bagi budak-budak main dekat pelamin, orang-orang dulu kata kan.
Ibu dah minta maaf, pengantin okey je

Walaupun rasa bersalah menghantui dirinya, wanita itu tetap mengambil tanggungjawab dengan memohon maaf kepada pasangan pengantin yang juga merupakan rakan baiknya.
Netizen bagaimanapun berpendapat ibu bapa haruslah memantau anak-anak ketika menghadiri majlis penting.
Netizen turut mengecam kapsyen yang ditulis si ibu menyatakan peristiwa itu tak sepatutnya jadi bahan ketawa.
Selamat pengantin baru my friends. Semoga berbahagia hingga anak cucu dan menjadikan pelamin angan kau musnah ni menjadi kenangan.
Nasib baiklah pasangan pengantin tidak menyimpan rasa dendam dan menerima kejadian itu dengan hati terbuka.
