
Pelampau Yahudi dengan iringan polis Israel berulang kali melakukan pencerobohan di pekarangan Masjid al-Aqsa. – Foto Agensi
BAITULMAQDIS – Ekstremis Yahudi semakin melampaui batas apabila bertindak biadab mengadakan upacara perkahwinan di pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) pada Isnin.
Wilayah Tadbiran Baitulmaqdis yang berada di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyifatkan pencerobohan itu sebagai satu bentuk provokasi yang disengajakan dan cubaan jahat pelampau Yahudi mencemari kesucian al-Aqsa.
“Ia jelas menyinggung perasaan Muslim dan sebahagian daripada pelan keji golongan itu untuk menghapuskan identiti Islam dan membuka jalan kepada pembahagian kawasan tersebut,” tegasnya lagi.
Agensi berita tempatan melaporkan polis Israel turut mengiringi kumpulan tersebut dan melarang penduduk Palestin daripada mengganggu majlis berkenaan.
Difahamkan, perbuatan itu ternyata bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan Resolusi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2016 yang mengiktiraf al-Aqsa sebagai tapak warisan Islam dan menggesa agar ia terus dipelihara. – Agensi