Seorang pelancong wanita dari China, Yin XiaoBai, meluahkan rasa kecewa selepas mendapati harga tiket ke tempat pelancongan di Malaysia terlalu mahal untuk warga asing.
Menurutnya, perbezaan harga ini membuatkan pelancong asing terasa seperti didiskriminasi dan boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.
“Penang memang best tapi harga tiket cukup pelik”- Pelancong China.

Wanita yang kini menetap di Pulau Pinang itu berkongsi, dia sangat menyukai suasana pantai dan kehidupan di Malaysia, namun isu tiket masuk tetap jadi masalah utama baginya.
Saya dah tinggal lebih setengah tahun di Malaysia. Penang memang best, tapi satu benda yang buat saya pelik, kenapa harga tiket untuk pelancong asing mahal sangat berbanding penduduk tempatan?
Sampai terpaksa u-turn walaupun dah sampai depan pintu masuk…
Yin turut menceritakan beberapa pengalaman di mana dia membatalkan niat untuk masuk ke tempat menarik selepas melihat harga tiket untuk pelancong yang terlalu tinggi.
Kadang-kadang saya sampai depan pintu masuk, tengok harga untuk pelancong lima kali ganda, terus hati jadi sakit dan saya pergi tempat lain. Malaysia memang cantik, tapi benda macam ni tolonglah ubah sikit.
Bukan sekadar tiket, cukai pun terasa berat…
Bukan setakat harga tiket, wanita itu juga mempertikaikan cukai tinggi yang dikenakan kepada warga asing, termasuk cukai hotel dan pembelian rumah dalam program Malaysia My Second Home (MM2H).
Kalau tak boleh sama rata, at least asingkan sistem pembelian tiket supaya pelancong tak tahu mereka kena bayar lebih. Ini boleh kurangkan rasa tak puas hati.
Beliau mencadangkan supaya sistem pembelian tiket diasingkan supaya pelancong tidak sedar mereka dikenakan caj lebih tinggi.
Pssttt! Macam mana nak cakap erk? Rasanya memang macam itulah caranya walaupun pergi negara lain pun. Jika di Malaysia, perlulah ikut apa yang sudah ditetapkan kerajaan Malaysia. Apapun, selamat datang dan melancong ke Malaysia.
Kredit: xiaohongshu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.