KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri, di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP yang lain, di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar, mulai esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
“Ia juga perlu menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan kementerian seperti bas pelancongan. Pelancongan dengan kenderaan persendirian masih tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.
Selain itu, katanya, pergerakan kenderaan dari agensi pelancongan itu juga, perlu mendapat kebenaran polis.
Beliau berkata, kenderaan pelancongan juga dilarang singgah ke negeri di bawah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi pergerakan yang perlu melintasi negeri berkenaan. – BERNAMA
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




