Pelanggan Dakwa Ikan Tak Masak Di Restoran Khairul Aming

Pelanggan Dakwa Ikan Tak Masak Di Restoran Khairul Aming

Oh! Artis

Pelanggan kecewa ikan bawal tak masak di restoran Khairul Aming, tegur isu kualiti makanan.


Walaupun Khairul Aming dah cuba yang terbaik, nampaknya masih ada pelanggan yang tak puas hati. Ini apabila seorang pelanggan mendakwa ikan bawal yang dihidangkan di restoran milik Khairul Aming tidak dimasak sempurna.

Individu tersebut berkongsi pengalaman itu ketika berjaya menempah slot di restoran Rembayung milik pempengaruh masakan terkenal itu pada hari Selasa malam. Malangnya, menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesan dikatakan keras dan mentah, walaupun sudah ditukar dengan set baru.

Pelanggan kecewa dua-dua ikan yang dihidang tak masak sempurna

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @amir_car.specialist, dia mendakwa menerima ikan bawal yang keras dan tidak masak walaupun sudah ditukar oleh staf.

Dear Khairul Aming, saya kecewa hari ini apabila datang kedai Rembayung. Pertamanya, ikan bawal tu keras. Minta staf tolong tukarkan. Dapat yang second pun masih tak masak.- Katanya.

Dalam video itu juga, dia menunjukkan bahagian isi ikan yang kelihatan masih kemerahan dan mentah.

Staf Khairul Aming dipuji profesional

Walaupun kecewa dengan makanan yang diterima, individu tersebut memuji layanan staf restoran yang tetap bersikap baik dan profesional sepanjang proses pertukaran makanan.

Dia juga menjelaskan bahawa teguran itu bukan bertujuan memburukkan Khairul Aming atau menjatuhkan perniagaan, sebaliknya hanya sebagai maklum balas yang membina.

Saya bukan nak menjatuhkan bisnes KA. Terpulang kepada individu tu sama ada nak ambil sebagai negatif atau positif.- Katanya.

Menurutnya, teguran itu dibuat dengan harapan supaya restoran dapat memperbaiki kawalan kualiti makanan agar kejadian sama tidak berulang kepada pelanggan lain.

Just nak tegur cara QC (kawalan kualiti) makanan supaya tak ada orang terkena. Slot saya malam. Saya tak marah pun waktu ikan tu tak masak sampai dua kali. Cumanya teguran ni untuk KA improve more better.- Katanya lagi.

Isu bil turut jadi perhatian

Selain isu ikan tak masak, dia turut memuat naik gambar bil pembayaran. Pelik juga, sebab menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesan tidak disenaraikan dalam bil. Sebaliknya, pencuci mulut seperti cendol yang tidak dipesan pula ditanda sebagai percuma dalam bil yang diberikan.

Pssttt! Ohmedia rasa teguran macam ni penting untuk bantu bisnes berkembang. Tapi korang pun, kalau alami masalah serupa, tegurlah secara berhemah dan terbuka. Mana tahu, dari situ restoran boleh perbaiki servis jadi lebih mantap!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top