Pelayaran epik Search bersama orkestra mengagumkan

Pelayaran epik Search bersama orkestra mengagumkan

syafil.syazwan@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur yang berlangsung malam tadi di Mega Star Arena Kuala Lumpur, di sini, mengaberjaya menarik lebih 3,000 penonton. 

Penyanyinya, Datuk Amy mengucapkan terima kasih kepada peminat setia mereka yang hadir dari pelbagai destinasi kerana turut sama menjayakan konsert yang digelar seperti sebuah perlayaran baharu mereka itu.

“Banyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang datang untuk sama-sama melayari perlayaran epik ini. 

“Sama-sama kita berlayar. Kita akan teruskan berlayar di masa akan datang,” katanya. 

Di pentas itu juga, Amy turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM). 

“Terima kasih kepada penganjur yang beri kepercayaan dan menjadikan ini satu perlayaran terbaharu kami,” katanya. 

Search yang turut dianggotai Nasir (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) mempersembahkan lebih 20 lagu popular mereka sepanjang zaman. 

Antaranya Isabella, Fantasia Bulan Madu, Pawana dan banyak lagi. Semua lagu itu mendapat sentuhan nafas baharu oleh penyusun muzik antarabangaa dari Jepun, Rie Tsuji dan 27 pemuzik orkestra diketuai konduktor, Datuk Mokhzani Ismail. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top