WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melepaskan rizab minyak strategik bagi menstabilkan harga yang meningkat secara mendadak, sambil menambah bahawa rizab itu akan diisi semula selepas itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami akan melakukannya dan kemudian kami akan mengisinya semula,” kata Trump kepada stesen berita Local 12 pada Rabu, sambil menyatakan langkah itu akan menurunkan harga.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan melepaskan jumlah minyak pada paras rekod ke pasaran global.
Sebanyak 32 negara anggota termasuk AS akan melepaskan sejumlah 400 juta tong minyak mentah, menurut kenyataan IEA.
Jabatan Tenaga AS memaklumkan, ia merancang untuk melepaskan 172 juta tong bermula minggu depan dalam tempoh kira-kira empat bulan.
Menurut kerajaan AS, rizab petroleum strategik negara itu merupakan simpanan kecemasan minyak mentah terbesar di dunia.
Ia ditubuhkan terutamanya bagi mengurangkan kesan krisis bekalan serta memenuhi obligasi antarabangsa.- Bernama-dpa
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan melepaskan rizab minyak strategik untuk menstabilkan harga minyak yang meningkat secara mendadak
- Beliau juga berkata rizab tersebut akan diisi semula setelah digunakan
- Agensi Tenaga Antarabangsa mengumumkan akan melepaskan jumlah minyak rekod ke pasaran global dengan kerjasama 32 negara anggota termasuk AS
- Amerika Syarikat merancang untuk melepaskan 172 juta tong minyak bermula minggu depan dalam tempoh empat bulan
- Rizab petroleum strategik AS adalah simpanan kecemasan minyak mentah terbesar di dunia, bertujuan mengurangkan kesan krisis bekalan



