sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Ong Ewe Hock, percaya Malaysia mempunyai peluang sebenar untuk merampas pingat emas acara berpasukan lelaki Sukan Sea daripada Indonesia yang tidak menurunkan barisan penuh, dengan pemain perseorangan perlu tampil cemerlang di temasya dwi tahunan itu.
Ewe Hock, sebahagian daripada skuad Sukan Sea 2001 yang menewaskan Indonesia 3-2 untuk emas berpasukan lelaki, berkata, ketiadaan pemain dunia nombor lima dan 52 dunia masing-masing Jonatan Christie serta Anthony Ginting, memberi peluang realistik kepada Malaysia menjuarai gelaran berkenaan buat pertama kali dalam 20 tahun.
Bekas Olympian itu berharap barisan pemain perseorangan negara membabitkan Leong Jun Hao, Justin Hoh dan d Aidil Sholeh Ali Sadikin, mampu memberikan sekurang-kurangnya satu mata untuk menyokong pasukan beregu Aaron Chia–Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong–Tee Kai Wun di Bangkok.
“Jika Indonesia menurunkan Jonatan dan Ginting, peluang kita tentu terhad. Tetapi dengan mereka menurunkan pemain junior, inilah masa untuk singles Malaysia bangkit dan membuat perbezaan.
“Kami hanya perlukan satu mata dari perseorangan kerana kami ada dua pasangan beregu yang kuat. Melihat barisan Indonesia, peluang adalah 50-50 untuk kami raih emas.
“Perseorangan perlu anggap diri mereka underdog, bermain tanpa tekanan dan terus serang. Jika mereka menang dua mata dari perseorangan, lagi bagus,” katanya.
Ewe Hock berkata, perhatian kini tertumpu kepada Jun Hao yang akan bermain sebagai perseorangan pertama menggantikan Lee Zii Jia yang cedera, menentang dunia pemain 17 dunia dari Indonesia, Alwi Farhan, di final Gimnasium Thammasat Rangsit.
“Ia akan menarik untuk melihat prestasi Jun Hao sebagai perseorangan pertama dengan harapan besar untuk raih emas. Jika dia mampu beri permulaan kuat, Malaysia boleh melangkah jauh.
“Pemain Indonesia pasti akan bermain agresif, tetapi ini juga masa untuk Jun Hao dan perseorangan lain mengambil peluang dan buktikan kemampuan mereka,” katanya.
Justin akan menentang juara dunia remaja 2024 dan Zaki Ubaidullah, dalam perseorangan kedua, manakala Aidil dijangka berdepan Prahdiska Bagas Shujiwo dalam pertemuan perseorangan ketiga jika perlawanan berlanjutan hingga penentuan akhir.
Aaron–Wooi Yik pula akan menentang Sabar Karyaman–Moh Reza Isfahani, manakala Wei Chong–Kai Wun akan menghadapi Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana, dengan sasaran Malaysia meraih kedua-dua mata dalam kategori beregu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




