Peluru Berpandu Iran Hentam Tel Aviv, Israel Sahkan Serangan Berlaku Di Tengah Bandar

Peluru Berpandu Iran Hentam Tel Aviv, Israel Sahkan Serangan Berlaku Di Tengah Bandar

Trending

Peluru berpandu Iran dilaporkan hentam Tel Aviv, 3 cedera.


Situasi tegang di Timur Tengah kembali memuncak apabila peluru berpandu Iran dilaporkan menyerang kawasan Tel Aviv, Israel pada Selasa.

BACA: Konflik Timur Tengah Beri Kesan Ekonomi, Pakar Jangka Harga Makanan Di Malaysia Akan Meningkat

Memetik laporan Harian Metro yang diambil dari Reuters, tentera Israel mengesahkan bahawa serangan tersebut berlaku di tengah Israel dan kini pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi kecemasan di lokasi kejadian bagi menilai kerosakan serta memastikan keadaan terkawal.

Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi impak

Israel

Menurut kenyataan tentera Israel, pasukan mencari dan menyelamat bersama pelbagai unit kecemasan telah dihantar ke kawasan yang dipercayai menjadi lokasi impak peluru berpandu tersebut.

Keadaan berkaitan impak itu sedang disemak.

Operasi itu dilakukan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap serta menilai tahap kerosakan yang berlaku akibat serangan berkenaan.

Tiga individu cedera ringan

Dalam perkembangan sama, perkhidmatan ambulans Israel memaklumkan bahawa tiga individu sedang menerima rawatan di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan ringan.

Israel

Polis Israel turut mengesahkan terdapat beberapa kawasan impak yang melibatkan serpihan peluru senjata di dalam daerah Tel Aviv.

Pssttt! Konflik antara negara di Timur Tengah sering kali membawa kesan besar bukan sahaja kepada pihak yang terlibat, malah kepada orang awam yang tinggal di kawasan berdekatan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top