Peluru Berpandu Iran Terus Ratakan Negara Haram Tanpa Henti

Peluru Berpandu Iran Terus Ratakan Negara Haram Tanpa Henti

Oh! Tidak

Peluru berpandu Iran ke Israel cetus amaran kecemasan. Serangan tanpa henti


Perang di Timur Tengah masih berterusan dan tidak nampak akan berhenti apabila peluru berpandu Iran dilaporkan masih menuju ke wilayah negara haram Israel. Pihak tentera negara haram Israel turut mengesahkan sistem pertahanan udara telah diaktifkan bagi menghadapi ancaman ini.

Tentera Israel melalui Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan bahawa peluru berpandu Iran ke Israel telah dikenal pasti dan sedang bergerak ke arah wilayah mereka.

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik, tindakan pantas terus diambil bagi memastikan ancaman tersebut dapat dikawal sebelum memberi kesan lebih buruk.

Penduduk negara haram Israel terus hidup dalam ketakutan

Susulan serangan ini, penduduk di kawasan terjejas telah diberi amaran kecemasan untuk segera menuju ke tempat perlindungan bom. Takut mati ke tu?

Situasi ini jelas menunjukkan betapa seriusnya ancaman yang sedang berlaku sehingga amaran segera perlu dikeluarkan kepada orang awam.

Serangan ini bukanlah kejadian terpencil, sebaliknya sebahagian daripada konflik berterusan antara Iran dan Israel sejak hujung Februari lalu. Kedua-dua pihak dilihat terus berbalas serangan yang menambahkan lagi ketegangan di rantau tersebut.

Keadaan ini membuatkan dunia terus memerhati perkembangan konflik ini kerana bimbang ia boleh mencetuskan situasi yang lebih besar.

Pssttt! Dalam dunia yang makin tegang ni, kita sebagai orang luar mungkin tak dapat kawal situasi, tapi penting untuk ambil pengajaran tentang betapa berharganya keamanan. Korang hargai keamanan yang kita ada sekarang dan sentiasa peka dengan isu global yang boleh beri kesan kepada semua.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top