PEMAIN kriket kebangsaan yang tidak setuju dengan cara Persatuan Kriket Malaysia (MCA) menukar jurulatih pasukan lelaki kriket kebangsaan Bilal Asad, bertindak memulau satu perlawanan dalam kejohanan bagi pemilihan kebangsaan yang diadakan pada Khamis.
Kontrak Bilal yang merupakan bekas pemain antarabangsa Pakistan, tamat pada Khamis.
Timbalan Kapten Skuad Kebangsaan Virandeep Singh yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemain kriket kebangsaan, berasa kecewa dengan cara pengurusan tertinggi MCA menguruskan isu tersebut, yang dilakukan tanpa memaklum dan berbincang dengan Bilal dan pemain.
“Pihak pengurusan sepatutnya sekurang-kurangnya memaklumkan kepada kami mengenai perkara ini.



