Pemain Portugal import baharu JDT

Pemain Portugal import baharu JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus rancak mengukuhkan pasukan apabila mengumumkan import baharu, Francisco Geraldes menyertai Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.

Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers pada Sabtu.

Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab seperti Sporting Lisbon dan kelab terakhir pemain kelahiran Portugal itu adalah bersama pasukan di liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Baniyas.

Geraldes yang bermain di posisi tengah itu juga pernah mewakili pasukan kebangsaan Portugal bawah 18 tahun (B-18), B-20 dan B-21.

Scroll to Top