Pemanah negara, Haziq Kamaruddin meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mengucapkan takziah.

Pada 2012, beliau bersama Pandelela Rinong pernah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil. – Astro Awani

AKAN MENYUSUL