Pemandu bas hilang kawalan sebabkan guru, murid cedera didakwa esok

Pemandu bas hilang kawalan sebabkan guru, murid cedera didakwa esok

mhafis@mediaprima.com.my

Serdang: Pemandu bas yang hilang kawalan sebelum melanggar pokok hingga menyebabkan guru dan tiga murid pusat asuhan cedera akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya esok

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

“Kes ditaklimat kepada TPR dan arahan supaya kes dituduh mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu bas itu akan dituduh pada di Mahkamah Petaling Jaya esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang guru dan tiga murid sebuah pusat asuhan di Ampang cedera ringan selepas bas dinaiki hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1 Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Dalam kejadian jam 12.18 tengah hari itu, bas persiaran dipandu lelaki berusia 44 tahun berkenaan membawa lima guru pengiring dan 30 murid.

Terdahulu, video rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kemalangan itu turut tular di media sosial.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top