Tular satu video di media sosial menunjukkan sebuah kereta yang memandu laju telah menyeret sebuah motosikal dalam satu kejadian di simpang Taman Velox, Rawang malam tadi.
Menerusi video yang dikongsi di Facebook Farul Aradiaq, terlihat tayar kereta Honda CRV itu telah tercabut, namun pemandu tersebut tetap memecut laju kira-kira sejauh 500 meter.
Kenderaan lain cuba untuk memberhentikannya, tetapi diendahkan oleh pemandu itu malah terus menyeret motosikal tersebut sehingga terkeluar percikan api.
Dipercayai, pemandu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol.
Kejadian ngeri malam tadi. Simpang Taman Velox, Rawang. Allahuakbar. Pemandu difahamkan mabuk, rempuh penunggang motosikal.
Difahamkan, pemilik motosikal itu terselamat kerana sempat terjun ke atas jalan raya.





