Pemandu, kelindan lori maut nahas di WCE

Pemandu, kelindan lori maut nahas di WCE

am@hmetro.com.my

Manjung: Pemandu dan kelindan lori maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler lain di KM 202 Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE), arah Selatan, dekat Sitiawan, hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Razali Sahad, 48 dan Muhammad Alizzat Narayi, 28 maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan membawa barang-barang pejabat melanggar bahagian belakang sebuah treler.

“Terdapat dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang lori lelaki tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi ditamatkan jam 6.05 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top