am@hmetro.com.my
Dungun: Pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun tidak pernah menerima rawatan di fasiliti kesihatan negeri ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya tidak mempunyai rekod berhubung kesihatan wanita berusia 49 tahun itu.
“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama ada wanita berkenaan pernah mendapatkan rawatan di negeri lain,” katanya hari ini.
Beliau menasihati semua pihak yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit mental agar menghantarnya untuk mendapatkan rawatan profesional.
Dalam kejadian 7.20 malam Rabu, tiga penuntut UiTM Dungun maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu wanita dipercayai mempunyai masalah mental.
Pemandu wanita berusia 49 tahun itu kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




