am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Pemandu lori ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Sidam Kiri, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang melakukan operasi Op Mabuk kira-kira 1 tengah hari.
Katanya, ketika penugasan dilakukan di lokasi, polis menahan pemandu lori terbabit kerana disyaki memandu dengan kandungan alkohol dalam badan.
“Hasil ujian pernafasan yang dilakukan mendapati lelaki itu bawah pengaruh alkohol, manakala semakan lesen memandu lelaki itu pula menunjukkan dia disyaki memiliki dua lesen palsu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hanyan berkata, lelaki itu bersama lori tanpa muatan itu dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman.
© New Straits Times Press (M) Bhd




