Pemandu Lori Ditembak Dekat Klang, Dua Suspek Dirempuh Pacuan Empat Roda! | Trending – Oh! Media

Pemandu Lori Ditembak Dekat Klang, Dua Suspek Dirempuh Pacuan Empat Roda! | Trending – Oh! Media

Trending

Dua suspek yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah pemandu lori di Taman Seri Kapar dirempuh pacuan empat roda.


Satu kejadian tembakan yang berlaku di Taman Seri Kapar, Klang pada pagi Khamis mengejutkan orang ramai apabila dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden itu dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi, melibatkan seorang pemandu lori yang menjadi sasaran tembakan oleh suspek.

Pacuan empat roda bertindak rempuh suspek

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menyaksikan kejadian itu bertindak pantas dengan merempuh motosikal dinaiki kedua-dua suspek.

Tindakan tersebut menyebabkan suspek terjatuh dan mengalami kecederaan.

Tahap kecederaan kedua-dua suspek sama ada parah atau tidak masih belum dapat dipastikan kerana pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Identiti serta anggaran umur kedua-dua suspek juga sedang dalam semakan pihaknya di lapangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.

Polis masih siasat kronologi penuh

Polis

Tambah beliau lagi, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kronologi sebenar kejadian tersebut.

Polis juga akan memaklumkan perkembangan lanjut siasatan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 13 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terlentang di atas jalan raya dan dikaitkan dengan insiden tembakan berkenaan.

Pssttt! Kes jenayah seperti ini mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dan tidak membuat spekulasi di media sosial. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus demi memastikan keadilan tercapai.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top