mhafis@mediaprima.com.my
Subang Jaya: Lelaki warga Indonesia dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini, masih dikesan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki terbabit masih dikesan selepas melarikan diri sejurus kemalangan itu.
Harian Metro semalam melaporkan polis sedang mengesan lelaki warga Indonesia dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol LDP.
Wan Azlan dilaporkan berkata, pemandu dipercayai melarikan diri sejurus kemalangan berlaku meninggalkan kelindan yang cedera.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Terdahulu tular di media sosial satu klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah lori sampah bergerak dari lorong paling kiri lalu ke kanan sebelum merempuh tembok konkrit di tengah-tengah sebuah plaza tol.
© New Straits Times Press (M) Bhd




