Trending
Pembantu tadbir didakwa aibkan pelajar praktikal dengan menyuruh mencukur bulu kemaluan. Kes disiasat bawah Seksyen 509.
Seorang pembantu tadbir di sebuah pejabat kerajaan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang pelajar praktikal wanita.
Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.
Pembantu tadbir suruh cukur bulu kemaluan?
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan meminta mangsa mencukur bulu kemaluannya dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pejabat pada jam 1.58 tengah hari, 4 April lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Rayu jaminan rendah, tertuduh ada anak OKU
Pegawai Pendakwa, Inspektor M. Alli Nangai menawarkan jaminan RM5,000. Namun, pihak pembelaan memohon jumlah jaminan lebih rendah, memandangkan tertuduh berpendapatan RM2,000, menanggung isteri tidak bekerja dan tiga anak, termasuk seorang anak OKU.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin, serta syarat tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 September 2025.
Pssttt! Tempat kerja seharusnya jadi ruang selamat, bukan medan gangguan. Hormatilah batas dan maruah orang lain, lebih-lebih lagi yang di bawah pengawasan kita. Jangan ambil kesempatan atas kuasa atau jawatan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.