Pembayaran Zakat Simpanan, Pelaburan lebih mudah dengan Maybank

Pembayaran Zakat Simpanan, Pelaburan lebih mudah dengan Maybank

SESETENGAH daripada kita lebih bernasib baik kerana dapat menikmati kestabilan kewangan bagi menjalani gaya hidup yang selesa.

Justeru, keistimewaan itu dapat dimanfaatkan dengan menunaikan kewajipan rukun Islam keempat yang juga merupakan konsep utama dalam agama iaitu membayar zakat.

Pembayaran zakat bukan sahaja memenuhi kewajipan agama tetapi membantu mewujudkan kesejahteraan sosial dan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan sebahagian daripada harta kita bagi membantu mereka yang memerlukan.

Justeru, syarikat perbankan terkemuka, Maybank menerusi Maybank Islamic tampil dengan inisiatif mudah bagi membantu pengguna mereka menunaikan zakat.

Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan

Maybank menyediakan satu perkhidmatan yang dikenali sebagai Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u.

Ia adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan menyatukan semua pembayaran zakat untuk akaun simpanan dan pelaburan mereka ke dalam satu penyata secara automatik daripada akaun simpanan atau akaun semasa pengguna.

Jadi, pelanggan tidak perlu risau jika terlupa untuk melakukan pembayaran zakat pada setiap tahun.

Ikut langkah di bawah bagi memohon menggunakan perkhidmatan Auto Debit melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u.

Amaun yang ditolak akan dikira berdasarkan persetujuan pemegang akaun menerusi baki akaun pelanggan tanpa sebarang caj tambahan.

Pemegang akaun simpanan dan semasa Maybank Islamic, termasuk Daily Fund-i, Term Deposit dan Term Fund-i layak untuk memohon bagi menggunakan perkhidmatan ini.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini juga akan menentukan sama ada jumlah baki dalam akaun pengguna memenuhi jumlah minimum yang perlu dimiliki seorang Muslim sebelum diwajibkan untuk membayar zakat.

Pengguna yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima pemberitahuan melalui aplikasi MAE bagi memaklumkan kelayakan mereka sebagai pembayar zakat.

Sebaik sahaja potongan zakat dibuat, pelanggan akan menerima pemberitahuan bagi memaklumkan pembayaran mereka berjaya dibuat.

Maybank Islamic mengira zakat pada 2.5 peratus daripada jumlah aset pelanggan (Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Daily Fund-i, Deposit Berjangka-i dan Dana Berjangka-i) melebihi jumlah Nisab minimum pada akhir tempoh, iaitu 30 Oktober.

Ia menggunakan sistem pengiraan automatik yang tepat bagi membantu mengelakkan kesilapan dalam pengiraan zakat dan menyatukan semua pembayaran zakat untuk Akaun Patuh Syariah dalam satu penyata.

Maybank Islamic akan membuat pengiraan zakat simpanan dan pelaburan setiap tahun pada 31 Oktober, dengan pembayaran dibuat pada 7 November.

Sekiranya baki tidak mencukupi pada tarikh pembayaran awal, percubaan kedua akan dibuat dalam tempoh 7 hari berikutnya, khususnya pada 14 November.

Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh membuat semakan kelayakan di aplikasi MAE atau melayari laman sesawang Maybank2u sekarang.

 

Penafian

Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Perlindungan PIDM tertakluk pada kriteria yang boleh diinsuranskan. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui www.maybank2u.com.my untuk maklumat lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd