Penyanyi Zizi Kirana tampil mengulas mengenai isu buli yang sedang hangat diperkatakan kini.
Menurut Zizi menerusi hantaran di Threads, seorang yang bergelar pembuli adalah seorang yang tidak pernah diaggap hebat melainkan sekadar manusia kosong yang takut pada kelebihan orang lain.
Jelasnya, golongan ini juga memiliki sifat manipulatif, ‘insecure’ dan tiada empati kerana hakikatnya, pembuli ini adalah seorang yang ‘loser’.
“Pembuli ni tak pernah hebat. Dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih dari dia.
“Dia pijak orang bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia lemah. Manipulatif, insecure, tiada empati, semua tu topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri.
“Kau nak tahu siapa ‘loser’ sebenar? Dia lah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelantun lagu ‘Pijak’ itu.
Malah, ada juga yang tampil berkongsi pengalamn dibuli ketika masih berada dibangku sekolah.