Oh! Tidak
Suami meninggal dunia selepas isteri picit jerawat di hidung, disahkan alami pendarahan otak akibat jangkitan di kawasan ‘segitiga kematian’.
Siapa sangka niat seorang isteri yang mahu mengurangkan sakit jerawat suami bertukar tragedi yang mengejutkan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita itu berkata, tindakannya memicit jerawat di kawasan hidung membuatkan suaminya terpaksa dibedah dan akhirnya meninggal dunia.
BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Hanya Tampal ‘Koyok’, Maut Selepas Infeksi Merebak Ke Paru-Paru
Bengkak di hidung bukan sakit biasa
Menceritakan kronologi kes, wanita yang sedang hamil ini berkata suaminya mengadu sakit di bahagian hidung akibat jerawat yang tidak surut-surut.

Dia kemudian memicit jerawat yang kelihatan sudah ‘matang’ dan kemerah-merahan. Namun pada esok hari, suaminya mengadu sakit kepala dan demam.
Walaupun telah diberi ubat, keadaannya makin teruk. Malah, bahagian hidung kelihatan bengkak dan merah.
Sampai beberapa hari masih demam tinggi aku bawa ke doktor. Tapi anehnya area hidung seperti bengkak merah dan suami selalu bilang pusing sampai bagian kepala belakang. Demamnya makin tinggi dan setelah diperiksa hasil lab doktor ternyata di bagian dalam hidung ada darah membeku. Jadi harus perawatan intensif sampai 1 minggu. Doktor bilang harus segera di operasi ada pendarahan hebat sampai ke pembuluh otak.
Menurut doktor, kawasan hidung tidak boleh dipicit sesuka hati kerana ia berisiko tinggi menyebabkan jangkitan merebak ke otak.

Si suami perlu jalani pembedahan segera selepas dimasukkan ke ICU selama seminggu. Namun malangnya, dua hari selepas pembedahan, dia disahkan meninggal dunia.
Doktor mengedukasi kalo ternyata di area hidung adalah area sensitif area segitiga kematian yang tidak boleh asal picit jerawat itu jadi salah satu penyebabnya suamiku pembuluh otaknya sampai pendarahan.
Doktor menjelaskan jerawat itu berada di kawasan yang dikenali sebagai ‘segitiga kematian’ – bahagian sensitif pada wajah yang menghubungkan hidung dan mulut ke otak.
Berita tersebut benar-benar menghancurkan hati si isteri yang terus pengsan apabila dimaklumkan. Beliau mengakui sangat menyesal dan menyalahkan diri sendiri atas kejadian yang berlaku.
Pssttt! Kadang-kadang benda yang nampak kecil seperti jerawat pun boleh jadi perkara besar jika tidak ditangani dengan betul. Bahagian hidung memang kawasan berisiko tinggi dan tak boleh dipicit sembarangan. Semoga kisah ini jadi pengajaran untuk kita semua supaya lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah soal kesihatan.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




