Pemetik api dalam perut dikeluarkan guna kondom

Pemetik api dalam perut dikeluarkan guna kondom
Pemetik api dalam perut dikeluarkan guna kondom

Deng mula mengalami masalah kesihatan selepas menelan pemetik api (gambar kecil) kira-kira tiga dekad lalu. Foto Agensi

BEIJING – Doktor berjaya mengeluarkan pemetik api dari dalam perut seorang lelaki yang menelan objek itu, kira-kira tiga dekad lalu.

Individu dikenali sebagai Deng dari Chengdu, China itu mendakwa dia melakukan perbuatan itu ketika bertaruh dengan rakannya pada 1991.

Akibat tindakannya, Deng mula mengalami masalah kesihatan yang serius walaupun keadaannya baik sebelum ini.

Menurut doktor, objek itu terpaksa dikeluarkan menggunakan kondom tanpa perlu menjalani sebarang prosedur pembedahan.

Difahamkan, pemetik api itu ditarik keluar dari mulutnya dan keseluruhan proses itu hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Pemetik api berukuran sepanjang kira-kira tujuh sentimeter diselaputi bahan hitam yang menjijikkan yang mereputkannya.

“Ia masih mempunyai cecair mudah terbakar. Cecair pemetik api apabila bercampur dengan asid perut boleh membahayakan nyawanya kerana perutnya boleh terbakar dari dalam,” ujarnya lagi. – Agensi

Ringkasan AI

  • Doktor berjaya mengeluarkan pemetik api dari perut seorang lelaki di China yang menelan objek itu tiga dekad lalu
  • Individu tersebut menelan pemetik api semasa membuat taruhan pada 1991
  • Selepas menelan pemetik api, lelaki itu mengalami masalah kesihatan yang serius
  • Pemetik api dikeluarkan tanpa pembedahan menggunakan kondom
  • Cecair dalam pemetik api berisiko membahayakan nyawa kerana boleh menyebabkan perut terbakar dari dalam
Scroll to Top